(Saya mengingatkan diri saya, saya menulis kerana perintah Allah dan untuk sukakan Allah)
bila ku beri
sesuatu yang berharga
dari hatiku yang suci
kau tidak menghargai
baik ku ambil
dan ku berikan
pada yang menghargai
dan tahu nilainya
cinta ku
terlalu tinggi nilainya
tidak ku beri pada sebarang
hanya insan pilihan
kau pernah diberi
namun kau tidak menghargai
kau tidak faham nilainya
dalam sedih ku ambilnya semula
Sunday, September 19, 2010
Friday, September 3, 2010
untuk kakakku..
(Saya mengingatkan diri saya, saya menulis kerana perintah Allah dan untuk sukakan Allah)
Kak xxx
kau kakakku
yang aku sayang
rupa mu seperti gadis belasan
buat hatiku terkesan
bersama mu
selalu aku gelihati
tertawa riang aku dibuatnya
dengan celoteh mu yang bersahaja
ada sahaja jadi bahan ketawa mu
apa sahaja ku perlu
kau sedia membantu
walau kau punya kerja
yang tak pernah surut
dalam diam
tangan kau bekerja
tidak peduli siapa
kau siapkan dengan pantas
akak
teruskan usahamu
memberi khidmat cemerlang
kepada fakulti tersayang
akak
maafkan daku
kerana salah dan silapku
yang aku sedari atau tidak
kerna aku hanya insan biasa
Kak xxx
kau kakakku
yang aku sayang
rupa mu seperti gadis belasan
buat hatiku terkesan
bersama mu
selalu aku gelihati
tertawa riang aku dibuatnya
dengan celoteh mu yang bersahaja
ada sahaja jadi bahan ketawa mu
apa sahaja ku perlu
kau sedia membantu
walau kau punya kerja
yang tak pernah surut
dalam diam
tangan kau bekerja
tidak peduli siapa
kau siapkan dengan pantas
akak
teruskan usahamu
memberi khidmat cemerlang
kepada fakulti tersayang
akak
maafkan daku
kerana salah dan silapku
yang aku sedari atau tidak
kerna aku hanya insan biasa
Wednesday, September 1, 2010
Untuk sahabat...
(Saya ingatkan diri saya, saya menulis kerana perintah Allah dan untuk sukakan Allah)
Ceria dan menceriakan
itulah kau yang ku kenal
buat warga ftmk suka
berkawan dan menyimpan perasaan
bila ku tanya
kau sentiasa berusaha
mencari jawapan
walau kau kepayahan
kerja kau pantas
sukan kau cergas
tangan kau ringan
dalam membantu
hati mu mulia
dalam berkawan
sentiasa merendah diri
dalam percakapan
wahai xxx
dalam usia muda
kau punya semua
syukurilah nikmat Tuhan
kadang ianya dugaan
tempuhilah dengan kesabaran
wahai teman
teruskan usaha mu
yang penuh kemuliaan
teruskan senyuman
menceriakan keadaan
buatlah semua kebaikan
hanya untuk sukakan Tuhan
Ceria dan menceriakan
itulah kau yang ku kenal
buat warga ftmk suka
berkawan dan menyimpan perasaan
bila ku tanya
kau sentiasa berusaha
mencari jawapan
walau kau kepayahan
kerja kau pantas
sukan kau cergas
tangan kau ringan
dalam membantu
hati mu mulia
dalam berkawan
sentiasa merendah diri
dalam percakapan
wahai xxx
dalam usia muda
kau punya semua
syukurilah nikmat Tuhan
kadang ianya dugaan
tempuhilah dengan kesabaran
wahai teman
teruskan usaha mu
yang penuh kemuliaan
teruskan senyuman
menceriakan keadaan
buatlah semua kebaikan
hanya untuk sukakan Tuhan
Subscribe to:
Posts (Atom)