Tuesday, August 31, 2010

teruskan bekerja

(Saya mengingatkan diri saya, saya menulis kerana perintah Allah dan untuk sukakan Allah)
 
melihatmu aku tersenyum ceria
hati terasa senang dada terasa lapang
kau bekerja pantas penuh bertenaga
kerja diberi kau terima dengan senang

kaulah teman di waktu susah dan senang
sentiasa bersedia meluang masa menyelesaikan aduan
semakin ku kenal mu hati terasa semakin sayang
wahai teman teruskan berbakti demi Tuhan

Wahai diri

(Saya mengingatkan diri saya, saya menulis adalah kerana perintah Allah dan untuk sukakan Allah)
 
Wahai diri ingatlah sumpah dan janji
yang kau lafaz dengan nama Allah yang suci
jangan kau terpesona dengan wanita yg berahi
kelak kau binasa kerana sumpah dilanggari

Sunday, August 29, 2010

Bila kau berterusan begini

(Saya mengingatkan diri saya, saya menulis kerana perintah Allah dan untuk sukakan Allah)

.........dedicated untuk temanku......

Bila kau berterusan begini
diam membisu tanpa seri
fahamlah aku kini
kau tidak mahu di bebani

hubungan kita yg penuh misteri
walau kau tidak mohon aku pergi
namun pintamu itu aku fahami
secara halus kau warnai

baiklah wahai tuan puteri
aku mohon undur diri
hadirku terasa tidak disenangi
usahaku tidak lagi dihargai

aku harap kau bahagialah kini
aku tidak lagi mencari-cari
handphone mu tidak lagi berbunyi
mesejku tiada lagi untuk dibalasi
perasaanmu tidak lagi digurisi
kabarmu tidak lagi diberati
kelibatmu tidak lagi dijejaki
ehwal mu tidak lagi ditanyai
moga hidupmu berseri tanpaku disisi

tentang aku janganlah kau peduli
kerna aku tak layak utk diingati
aku lelaki yang tak sedar diri
hina dina miskin buruk pekerti
tiada apa yang ku punyai
hanya yang dikurnia Ilahi

aku mohon salah dan silapku dimaafi
antara kita jangan mendendami
apa yang berlaku suratan Ilahi
ujian dan dugaan di dunia ini
kepadaMu Allah aku berserah diri

Detik 4.44

(Saya mengingatkan diri saya, saya menulis kerana perintah Allah dan untuk sukakan Allah)

....dedicated untuk temanku...

detik 4.44
deringan menyucuk telinga
aku bangun terasa mataku basah
segera ku capai telefon
kalau-kalau ada mesej dari xxx

tapi hampa.....
aku sedih lagi
ku pujuk hatiku
sabar dan senyumlah
walau hati sdg berduka
semua itu ujian dari Allah
Untuk aku yang selalu alpa

ingatlah wahai diri
yang terdiri dan yang terperi
tiada tuhan selain Allah
selain Dia termasuk aku bukan tuhan
aku tidak bisa buat apa-apa
aku tidak bisa buat xxx suka
dan sayang padaku
hanya Allah yang tentukan
kasih dan sayang ku pada xxx
dibalas atau dibiar sepi...

Aku pasrah padaMu Ilahi
apa yang Kau tentu pasti baik utkku
aku terima dengan sepenuh hati
kerna Engkau....
penciptaku
pemilikku
pemeliharaku
dan kekasih hati yang hakiki

Sakit yang mendatang

(Saya mengingatkan diri saya, saya menulis kerana perintah Allah dan untuk sukakan Allah)

..dedicated untuk teman ku...

sihat dan sakit dari Allah jua
buat hambaNya yg hidup di dunia
bila sakit kita redha gugurla dosa-dosa
bila sihat nikmat yg besar jgn dilupa

sakitnya setiap purnama datang bertandang
aduh sakitnya bisanya bukan sebarang
badan jadi bisa kepala mabuk kepayang
hanya ku mampu baring sampai ke petang


duhai xxx kau jangan risau dan bimbang
tika ini kau rehatla di rumah dengan senang
banyakkan bersabar di kala tamu mendatang
selesaikanlah urusan bila sakit menghilang

Selamat ulang tahun kelahiran

(Saya mengingatkan diri saya, saya menulis kerana perintah Allah dan untuk sukakan Allah)

Tulisan ini untuk sahabat yang sedang belajar di Melbourne, Australia sempena ulang tahun kelahiran beliau.

duhai teman
maafkan aku
rupanya hari
lahirmu 27 ogos
tidak ku sedari
kerna kealpaanku

sebagai tanda maaf
aku ucapkan jua
selamat ulang tahun
kelahiranmu yang ke 35

moga hari-hari mendatang
membawa sinar gemilang
membawa kebaikan buat dirimu
buat keluarga, sahabat dan teman

pengajianmu di sana
moga Allah mudahkan
moga disempurna segera
dengan jayanya


Saturday, August 28, 2010

Untukmu sahabat

(Saya mengingatkan diri saya, saya menulis ini kerana perintah Allah dan untuk sukakan Allah)

Sajak ini ditulis untuk zret, sahabat yang baru sahaja menghadapi pembedahan membuang cyst di ovari beliau. Alhamdulillah pembedahan tu berjaya, semoga Allah mudahkan beliau dalam menghadapi liku-liku kehidupan....

Kau ku temui
setelah sekian lama
kau pergi jauh
hatiku terasa terubat

kau kelihatan terlalu kurus
muka mu tidak lagi berisi
kau tidak lagi ceria
namun dalam keterpaksaan
kau hadiahkan senyuman manis

sayu aku melihat
kau menanggung derita
tak dapat ku bayangkan
dalam diam air mataku mengalir.....

berat sungguh dugaan mu
dalam pencarian ilmu
dalam membina ikatan
kau diduga dengan kesihatan
syukur pembedahan berjaya

berat mata memandang
berat lagi badan merasa
Allah tidak menduga
melainkan pada yang tega

fahamlah aku kini
kau insan yang tega
walau kau nampak kecil
namun hebatmu tidak terduga

wahai sahabat
tiada daya ku berbuat apa-apa
melainkan berdoa pada yang Esa

wahai Allah
yang memiliki ku
yang memiliki zret
dan seluruh makhluk
yang punya langit dan bumi
yang memberi sihat dan sakit
yang memberi manfaat dan mudharat
yang beri faedah dan bahaya
yang menghidup dan memati
yang beri mudah dan sempit

Kau sahajalah Tuhan ku
dan Tuhan seluruh makhlukMu
tidak ada Tuhan melainkan Kau

aku mohon padaMu
wahai yang Maha Mengasihani
wahai yang Maha Menyayangi
wahai yang Maha Mendengari
mudahkanlah sahabatku
dalam pencarian
dalam membina ikatan
dalam kehidupan

berilah dia kesihatan
berilah dia ikatan
berilah dia kemudahan
dalam apa jua harapan
berilah dia kejayaan
di dunia dan akhiran

kurniakan kami hidayat
agar kami dapat taat
perintahMu setiap waktu
dan keadaan

wahai Tuhan
Kau kabulkanlah
permintaan hambaMu ini

Maafkan aku...

(Saya mengingatkan diri saya, saya menulis ini kerana perintah Allah dan untuk sukakan Allah)

...dedicated untuk temanku..

Kenapa kau membisu
sms ku dibiarkan begitu
adakah kerana salahku
maafkan aku kerana menggangu
tidakkah kau lupa janjimu
aku masih teman mu

aku tahu kau sedang bahagia
bersama si dia pilihan hati
teruskanlah jika ia buat kau bahagia
aku berdoa semoga kau
berbahagia bersama dia
di dunia dan akhirat

namun janganlah lupa
kebahagian, kejayaan
hanya dalam mentaati Allah
cara nabi Muhammad SAW
dalam setiap waktu dan keadaan
gagal bila perintah
tidak ditaati lagi

ambil lah nasihat ku ini
jika kau masih menganggap
aku teman mu

jika tidak janganlah peduli
berbuatlah sesuka hatimu
aku berlepas diri

maafkan aku
kerana salah dan silap
aku tahu kehadiranku
buat kau kesedihan

aku sedar
aku tidak diperlu lagi
biarlah aku mengundur diri
dari hidupmu yang sedang bahagia
biarlah ku kuburkan peti itu
bersama darah dan airmata

Wednesday, August 25, 2010

untuk adikku selina

(Saya mengingatkan diri saya, saya menulis ini kerana perintah Allah dan untuk sukakan Allah)

Wahai adikku selina yang di kasihi
Hidayah itu mahal harganya
Tidak siapa boleh memberi
Tidak nabi, tidak ayah dan tidak sesiapa


Kisah Abu Talib jadi teladan
Walau cinta dan kasih pada nabi anak sedara
Namun tidak dpt mengucap hingga ke akhiran
Kerna takut diejek kaum keluarga


Kaum keluarga teman dan sahabat
Mereka adalah ujian terdekat
Dalam mencari kebenaran yang tepat
Usahlah dikau lemah semangat


Mohonlah pada Allah sentiasa
Adukan masalahmu pada Dia yang Esa
Dia mendengar walau hati berbicara
Dia menolong bila kau dalam sengsara


Dia menguasai hati-hati manusia
Dari keras menjadi lembut
Dari lembut menjadi tidak berasa
Di hati tempat di tanam hidayat


Mohonlah pada Dia agar di tetap hati
Menerima Allah Tuhan yang satu
Nabi Muhammad utusan akhiri
Agar hati tetap teguh dan jitu


Jangan bimbang dengan ujian
Itulah asam garam dalam mencari kebenaran
Hanya Allah tempat diadukan
Mohon di tunjuk jalan kelapangan


Allah, Dia sahajalah Tuhan
Yang Maha Mengasihani Yang Maha Penyayang
Pada semua yang mencari kebenaran
Dia sentiasa memeliharamu dan tidak pernah kurang

Friday, August 20, 2010

Ku Tersesat

(Saya mengingatkan diri saya, saya menulis ini kerana perintah Allah dan untuk sukakan Allah)

waktu ni tersesat di KL, dahlah jammed teruk, sambil2 tu , aku mengaranglah... hehe..

ku tersesat di ibu kota negaraku
kerna silapku menyangka diri tahu
ku lupa Allah sahaja yang tahu
hakikatnya tiada apa yang ku tahu
melainkan apa yang diberi tahu
oleh Tuhanku Allah yang maha tahu

ku tersesat di jalan sesak sekali
kereta teksi lori beratur menanti
dekat tapi lama masa ke destinasi
lebih laju kalau ku berjalan kaki

ku mohon ampun padaMu Ilahi
kerna sikapku merasa bangga diri
tunjukilah aku jalan ke destinasi
hindarilah aku dari buta hati

syukur akhirnya aku di tunjuki
setelah lama mencari-cari
jalan benar jalan hakiki
moga aku tidak lupa diri lagi

Tuesday, August 17, 2010

Untuk Datuk Prof Ismail

(Saya mengingatkan diri saya, saya menulis sajak ni kerana perintah Allah dan untuk sukakan Allah)

Saya tulis ini kerana mengingati jasa-jasa beliau sebagai NC.

Wahai Datuk Profesor Ismail
Kau abadikan tenaga dan kudrat
Buat UTeM menjadi kamil
Ternama dari timur hingga ke barat

Tidaklah kami dapat balaskan
Segala usaha, jasa dan fikiran
Hanya Allah ku harapkan
Membalas jasamu di hari kemudian

Hilang mu dari UTeM
Membuat kami jadi kehilangan
Namun tidak dapat ku selam
Kau pergi demi kebaikan

Moga hidupmu kan bahagia
Menabur jasa di bumi Tuhan
Walau di mana kau berada
Melupakan kami jangan

Satu pesanan dari kami
Taatlah Allah Tuhan yang satu
Ikutilah Muhammad dalam segala amali
Pasti Datuk berjaya sana dan sini

Monday, August 16, 2010

A Sajak for Puan Nora

(Saya mengingatkan diri saya, saya menulis ini kerana perintah ALlah dan untuk sukakan ALlah)

Puan Nora is one of my colleague. She has left us for 6 months. I suddenly decided to write a sajak for her as an appreciation. I think whatever i wrote here is not something exaggerating but it is the quality that she has.


Sudah 6 bulan berlalu
kelibatmu tidak ku temu

baru ku sedar
jasa dan usahamu
baru ku hargai
sumbangan mu pada fakulti


bila kau di sini
kerja dan urusan
menjadi senang

bila boss tiada
kau mengambil peranan
segala urusan diselesaikan

kau bekerja
penuh dedikasi dan cemerlang
tidak kenal tempat dan waktu

dalam berteman
kau tidak membezakan
kerani dan dekan


bila kau tiada
keadaan tidak sama lagi
kerana kau insan satu dalam ribuaan


wahai puan
terima kasih atas jasamu
yang banyak tidak terkenang

maafkan kami
kerana tidak menghargai
susah dan pengorbanan

kami mohon padaMu Tuhan
rahmati dan berkatilah
puan Nora yang kami sayang


kami di sini mendoakan
moga kau gembira dan cemerlang
bekerja di tempat orang


walau kau jauh dari pandangan
kenanglah kami sebagai sahabat
dan teman sepanjang zaman


Sunday, August 15, 2010

Maafkan aku wahai teman

(Saya mengingatkan diri saya dan tuan, saya menulis karya ini adalah kerana perintah Allah dan hanya untuk sukakan Allah)

Sajak ini dihasilkan kerana ingin memohon maaf kepada seseorang yang pernah dicintai tetapi kecewa apabila si dia memilih orang lain. Salah satu perangai buruk saya adalah suka kepada wanita cantik. Allah telah uji saya dengan kehadiran dia dan Allah letakkan rasa cinta yang amat sangat pada dia. Allah tidak suka apabila kita mencintai seseorang lebih daripada Allah. Allah lah yang layak di cintai kerana Dia telah banyak buat baik pada kita.Alhamdulillah, walaupun pada mulanya sukar untuk terima namun Allah telah beri taufik pada saya untuk menerima hakikat kebenaran dan mohon maaf kepada dia kerana telah melukakan hati dia. Membuat kesalahan tidaklah salah asalkan kita mengaku dan membaikinya. Berikut adalah tulisan saya..


Ketika ku berangan-angan
mengharap kepastian
dari mu teman
rupanya keputusan
tidak seperti harapan
hatiku kecewa
aku terlalu emosi
dalam menerima hakikat

aku terlalu kejam
dalam tindakan
aku tidak menerima
takdir yang ditentukan

maafkan aku wahai teman
kerana salahku menafsir keadaan
bertindak menurut perasaan
menghantar sms tanpa fikiran
kejam dalam tindakan

ampunkanlah aku wahai Tuhan
kerana tidak menerima
takdir dan keputusan
yang sebenarnya baik untukku
Kau tidak pernah berbuat buruk
terhadap aku dan seluruh insan
Kaulah yang Maha baik

tiada yang beri bahagia
tiada yang beri senang
tiada yang beri gembira
melainkan Kau Allah 

wahai teman
kau jua tidak boleh
beri bahagia,senang,gembira
kau juga makhluk seperti aku
yang tidak boleh berbuat
melainkan dengan izin Tuhan

tidak mendapat cintamu
bukan bermakna aku gagal
aku gagal apabila tidak
taat perintahMu Ya Allah

Saturday, August 14, 2010

Wahai Sayang

Wahai sayang
kenapa kau menangis sedih?
aku tidak meninggalkan
aku masih sayang
aku masih ayah,abang dan guru
aku masih berkongsi
cuma hati dan cintaku
hanya untuk Dia yang satu
kerna Dialah pemilik dan penciptaku

wahai sayang
kesatlah air matamu
hatiku gelisah melihat kau sedih
kerna kau insan yg ku sayang
ceria dan senyumlah
ketawa dan bercakaplah
agar hatiku tenang
melihat dikau tidak sedih lagi

Thursday, August 12, 2010

Cinta Hakiki

In view of the hadis below and the things that happening to me, I wrote this sajak. It is quite long but it is very meaningful. At the beginning it describes my heart feeling then I realised that I have made a mistake. I want to rectify it and I take an oath in the name of Allah that I will never give my heart to anyone except Allah, those who are loved by Allah and the amals that are bring us closed to Allah.

The hadis:
"Dan aku memohon kepadaMU rasa cinta kepadaMU.. dan cinta kepada orang-orang yang mencintaiMU..Dan aku juga memohon cinta kepada amal perbuatan yang akan mendekatkan diriku untuk mencintaiMU…”
(Hadis Riwayat Ahmad –hasan sahih, di akhir hadis ini, Rasul SAW bersabda, “Sesungguhnya doa tersebut merupakan hal yang benar, maka pelajarilah[hafallah] dan perdalamlah.”)



 
Cinta Hakiki...


Tika ini
hatiku menangis lagi
dari celahan luka-luka
airmataku mengalir deras
tanpa henti....
tidak dapat ku tahan
sakitnya peritnya pedihnya
biarlah reda sendiri


Tka ini
aku sedari
kealpaanku
kebodohanku
kesilapanku
walau ku punya sijil tinggi
hakikatnya aku bodoh
dalam dunia sebenar
aku ikut nafsu yang palsu
iblis seteruku
akhirnya aku merana lagi


Tika ini
ku mohon padaMu Allah
pencipta dan pemilikku
ampunkanlah dosa-dosaku
ku sedari atau tidak
buangkan syirik kibir riak
dan penyakit hati
maafkanlah
kebodohanku
kezalimanku
keingkaranku
kerna mencari cinta
bahagia dan kekasih
dari selainMu

Tika ini
aku bersumpah
dengan namaMu yang suci
tidak akan kuberi
hatiku pada sesiapa lagi
tidak akan aku cari bahagia di dunia ini
cintaku kini hanya padaMu
hatiku ini hanya untukMu
ku nanti bahagia hanya dariMu
Kau jadikanlah hatiku
hanya cinta padaMu
dan pada orang-orang yang Kau cintai
dan cinta pada amal
yang mendekatkan aku padaMu

Tika ini
aku mohon pada pemilikku
jika aku melanggar
sumpah dan janjiku ini
ambillah nyawaku
tamatkan riwayatku
biarlah aku mati
dari hidup sebagai
penipu
pendosa
pensyirik
penzalim
kerna mencari cinta dan bahagia
pada selainMu
yang tidak bisa berbuat apa-apa


wahai Allah yang menyayangiku
terimalah aku sebagai kekasihMu
agar tidak aku tercari-cari lagi
agar hatiku tenang dalam kasihMu
agar aku bahagia dalam pelukanMu
agar aku tidak menangis lagi
bilakah saat indah ini terjadi?
bila mana Kau terima aku
sebagai kekasih hakiki....


Kalimah Ikhlas

Kalimah ikhlas kalimah janji dgn Tuhan
janjiku Allah, Kau sahaja Tuhan yang satu
janjiku Allah, akan ku taat segala arahan
ku laksana seperti Muhammad utusanMu

bila kalimah disebut dengan keikhlasan
gugurlah dosa sepanjang kehidupan
ditukar segala keburukan kepada kebaikan
itulah rahmat besar dari yg Maha Ehsan

kalimah mulia walau disebut sekali
di akhirat nanti nabi mensyafaati
dikeluarkan dari siksa panas pedih api
masuk syurga kekal dan tidak akan mati

Wednesday, August 11, 2010

Seloka Ramadhan: Peringatan untuk diri dan kawan2

Bulan ramadhan tiba lagi
rahmat dan berkat dlimpahi
amalan fardhu diganda 70 kali
satu amal sunat dikira fardhu sekali

di awal bulan rahmat diberi
di tengah ampunan diperolehi
di akhiran bebas dari siksa api
rugilah mereka yang tidak peduli

siang hari makan dan minum dijauhi
mata, telinga,mulut dan hati dijagai
jangan berbuat dosa sesuka hati
hilanglah pahala sangatlah rugi

banyakkan amal di bulan ini
dakwah, solat berjemaah diterusi
solat terawih di malam hari
quran di baca berkali-kali

satu malam agung dikurniakan
lailatul qadar malam keberkatan
amal di ganda 1000 bulan
carilah ia di sepuluh akhiran

wahai sahabat dan teman semua
marilah kita bersaing sama-sama 
gandakan amal sebanyak mana
sementara kita diberi masa

janganlah leka dengan hari raya 
kuih,baju,kasut,kad dan kereta
itu semua buat sekadar ada
yang penting untuk bekal disana

by -aaA-