(Saya mengingatkan diri saya, saya menulis ini kerana perintah Allah dan untuk sukakan Allah)
Sajak ini ditulis untuk zret, sahabat yang baru sahaja menghadapi pembedahan membuang cyst di ovari beliau. Alhamdulillah pembedahan tu berjaya, semoga Allah mudahkan beliau dalam menghadapi liku-liku kehidupan....
Kau ku temui
setelah sekian lama
kau pergi jauh
hatiku terasa terubat
kau kelihatan terlalu kurus
muka mu tidak lagi berisi
kau tidak lagi ceria
namun dalam keterpaksaan
kau hadiahkan senyuman manis
sayu aku melihat
kau menanggung derita
tak dapat ku bayangkan
dalam diam air mataku mengalir.....
berat sungguh dugaan mu
dalam pencarian ilmu
dalam membina ikatan
kau diduga dengan kesihatan
syukur pembedahan berjaya
berat mata memandang
berat lagi badan merasa
Allah tidak menduga
melainkan pada yang tega
fahamlah aku kini
kau insan yang tega
walau kau nampak kecil
namun hebatmu tidak terduga
wahai sahabat
tiada daya ku berbuat apa-apa
melainkan berdoa pada yang Esa
wahai Allah
yang memiliki ku
yang memiliki zret
dan seluruh makhluk
yang punya langit dan bumi
yang memberi sihat dan sakit
yang memberi manfaat dan mudharat
yang beri faedah dan bahaya
yang menghidup dan memati
yang beri mudah dan sempit
Kau sahajalah Tuhan ku
dan Tuhan seluruh makhlukMu
tidak ada Tuhan melainkan Kau
aku mohon padaMu
wahai yang Maha Mengasihani
wahai yang Maha Menyayangi
wahai yang Maha Mendengari
mudahkanlah sahabatku
dalam pencarian
dalam membina ikatan
dalam kehidupan
berilah dia kesihatan
berilah dia ikatan
berilah dia kemudahan
dalam apa jua harapan
berilah dia kejayaan
di dunia dan akhiran
kurniakan kami hidayat
agar kami dapat taat
perintahMu setiap waktu
dan keadaan
wahai Tuhan
Kau kabulkanlah
permintaan hambaMu ini
salam
ReplyDeletemoga sahabat bernama zret cepat sembuh dan kembali meneruskan perjuangan ...
ps:congrats Samad, a good one for your friend and hope she can read this poem..
SH
zret kena baca ni
ReplyDelete